Wednesday, April 21, 2010

Flashback...10 years ago...

Sudah hampir 10 tahun saya meninggalkan alam sekolah menengah sy di Kuantan. Ya, dulu sy sekolah sana...5 tahun merantau di negeri orang...5 tahun dengan hanya balik setahun sekali di sabah. Sekecil-kecil usia saya 12 tahun [belum cukup 13 tahun masa tu] sy sudah meninggalkan keluarga dan bersama ratusan pelajar dari sabah melanjutkan pelajaran di merata negeri di Semenanjung dan menjadi duta2 kecil Yayasan Sabah. Dalam tempoh 5 tahun hidup berdikari, sy bersyukur Tuhan kirimkan saya ramai sahabat2 dari Sabah dan Sarawak...lalu akhirnya berjumpa di Chapel, Kuantan. Masa itu gereja SIB Kuantan belum wujud, jadi kami namakan persekutuan Sabah Sarawak [SabSar] dan menumpang di gereja chapel sana. 5 tahun, dan sy berkenalan lah dengan ramai orang...yang sampai sekarang sy ingat..sis Gloria dan Sis senorita..mereka inilah yang bawa kami masuk dalam pelayanan menari rebana...ahahahha, sy pernah ooo! Kemudian, beberapa sis dan bro yang lain. Kami masa tu adalah yang termuda sebab umur baru sekitar belasan tahun. Paling muda dalam persekutuan tu.

Yang menjadi guardian angel kami tu, kalau lelaki Bro Kai Ping yang bertanggungjawab sama masa tu..the late of stanley, edwell, ala saya lupa yg seorang tu.. kalau yang student perempuan, sis Helen yang bertanggungjawab sama sy,elisha,phylisia,dan charlyn[kalau nda silap nama dia]. So setiap kali ada hujung minggu yang boleh bermalam, kami akan ke rumah mereka.

After sy habis SPM tahun 2000, sy kembali ke Sabah dan sepertinya putus hubungan dengan mereka yang di Kuantan. Sy berusaha cari peluang tuk ke kuantan, tapi selalu tiada jalan. Sampailah tahun 2009, sy melayani CG di SIB Kuantan bersama mike,yus dan tini masa tu lah sy menjejakkan kaki semula di kuantan selepas 9 tahun tu. Tapi masa tu of course, gereja sudah lain, orang2nya pun sudah berbeza. Jadi sy tidak kenal sesiapa pun masa sy ke SIB Kuantan. Totally different sudah persekutuan dia.

Tapi PUJI TUHAN, melalui FB sy kembali berjumpa dengan sister2 dan brothers yang pernah sy kenal. Wah, happynya saya....durang pun masih ingat lagi sy. Just imagine, umur sy dalam belasan tahun, sekali mereka jumpa sudah berusia 27 tahun. Wahhh, sy saja tidak percaya! Durang melihat zaman remaja sy..yg pemalu[aise], bercermin mata tebal, pakai tshirt besar2, tidak pakai jeans, lebih pakai tracksuit... memang lucu betul! Ya ampun, 10 tahun pula tidak jumpa mereka...kalau sy saja sudah berusia 27 tahun, bayangkan usia mereka?

Sekalipun begitu kan, masih ingat sy juga. I think it was the bonding among us yang membuatkan semua saling mengingati sekalipun mungkin ada yang lupa2 ingat. Serius, ada juga rupa2 yg sy lupa sudah.

So let me share with you some of our pictures, yg sy ambil dari FB;

Ni gambar persekutuan kami. antara tahun 1997 atau 1998 rasanya ini. Walaupun gambar ni sudah nampak usang, tapi nilainya cukup berharga. At least ada something yg menjadi kenangan.


Ni gambar waktu kami naik bukit belimbing ka rasanya tu, kami mau sampai di puncak time matahari terbit dan buat persekutuan doa bersama. O ya ini confirm 1998. Masa ini kami ada KKR dan masa ini sy terima Yesus secara pribadi. Kalau nda silap ni dekat sg lembing kali tu! Aduh! nda ingat kalau nama tempat.


Nah ini, di Teluk Chempedak. Ka berserah tu..hehehehe lupa...tapi masa tu ada pembaptisan. Sebelah kanan sy tu namanya bro richard orng kapit...[pernah ada crush sama dia..hehehe].

Wah syukurlah dapat jumpa semula dengan mereka ni. Tidak sia2 juga ada FB ni kan... :)

p/s-ternyata penting tu bergambar ramai2 dan disimpan jadi kenangan. Sebab kenangan itu adalah paling mahal tuk kita ingati sampai ke hari tua.

1 comment:

Lily said...

Shalom...Hi sis, saya Lily. Saya Indonesian. Saya baru pindah ke Kuantan dan sedang searching gereja yang berbahasa Melayu/Indonesia.
Bolehkah sis tolong kirimkan saya contact no. somebody yang melayani digereja SIB Kuantan? saya berniat mau joint tapi tidak tahu exactly location gerejanya. cuma saya tahu di Jalan Air Putih. boleh contact saya di once.nataniel@gmail.com
Hope to hear from you soon. Terima kasih. God bless

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...