Thursday, April 22, 2010

Di balik cerita pelangi


Pagi ini ketika sy drive ke office, sy melihat sesuatu yang indah! Ya, seperti yg kalian lihat di gambar yang sempat sy snap semasa driving... Pelangi yang sungguh indah!

Dulu2 sewaktu sy masih anak2, setiap kali melihat pelangi saya excited sangat! Sampai kalau boleh semua family sy tau sy nampak pelangi. Pada sy, pelangi adalah suatu ciptaan Tuhan yang sungguh indah.

Nah, bila dewasa ini sy jarang2 sudah melihat pelangi. Sampai sy lupa pasal kewujudan pelangi. Tadi pagi kan hujan, dan rasa seronok saja tidur. Dan memang sy tidak teringat pasal pelangi selalunya muncul selepas hujan.

Pelangi, mengikut Firman Tuhan...adalah janji Tuhan antara manusia [zaman nabi Nuh] bahawa Tuhan tidak akan menghancurkan dunia lagi dengan mendatangkan air bah. Tuhan janji dan DIA pegang janji itu. Ya, sekalipun ada tsunami tapi itu tidak menghancurkan seluruh dunia. Dan Tuhan menghadiahkan pelangi, supaya itu tanda perjanjian Tuhan dengan manusia.

Ketika sy ingat pasal kenapa ada pelangi, dan itu ada kait rapat dengan perjanjian...Tuhan mengingatkan saya bahawa setiap apa yang Tuhan janjikan melalui FirmanNya, itu tidak akan dimungkiriNya. Sejak 2 minggu yang lepas, sy masih sedang berdoa tentang 1 hal sampailah semalam, sy merenungkan firman Tuhan dalam Kolose 1:9-12. Mengingatkan sy untk terus bertekun dalam doa. 2 minggu saudara, doa yang sama, tapi Tuhan tetap mendiamkan diri-Nya. Sy tidak tahu sama ada sy sedang diuji kesabaran atau sejauh mana sy percaya akan janji-janji Tuhan. Ada waktu sy mau memaksakan kehendak saya kepada Tuhan, tapi sy teringat orang yang sakit kusta yang sangat luar biasa imannya katanya 'Tuhan kalau engkau mahu, tahirkan lah aku'. Respon Tuhan Yesus..'Ya Aku mau.' Pesakit kusta ini sangat dewasa rohani, dia tahu Tuhan berkuasa menyembuhkan dia tapi cara dia mendekati Yesus amat berbeza dengan pesakit yang lain. Justeru dia tidak memaksakan kehendaknya kepada Tuhan, tapi dia punya iman, Yesus tahu keperluannya. Kisah pesakit kusta ini menjadi logos dalam hati saya. Kalau pesakit kusta saja punya iman sebegitu besar, masa saya yg meminta hal ini [yg memang Tuhan tahu apa hati saya] Tuhan tidak jawab! Sebab itu, setiap kali sy berdoa hal yang sama, sy tetap minta diuji hati saya dan mohon hanya Kehendak Tuhan yang terjadi.

Berbalik kepada cerita pelangi ini, deep down in my heart, Tuhan mau bicara sama saya, bahwa DIA TIDAK PERNAH melupakan saya..apa yang telah dijanjikan-Nya. Bila Tuhan berkata 'rancangan-Ku adalah rancangan yang membawa damai sejahtera'... Sy mungkin terlupa sekejap kewujudan pelangi, sebab itu Tuhan ingatkan saya kembali supaya setiap kali sy memandang pelangi, sy ingat akan janji Tuhan yang tidak pernah dimungkiri.

Abraham menunggu Ishak 25 tahun, dan itu menjadi inspirasi kepada saya utk tetap bersabar dan bertekun dalam doa. Sy baru 2 minggu, could it be another 3 months to wait, 6 months..or a year? or maybe years???.. Sy tidak tahu! Because jawapan itu ada pada Tuhan. Bahagian sy sekarang ini, bersabar, bertekun dalam doa, dan tetap beriman pada waktunya Tuhan buat saya.

Be blessed.

Jesus loves u.

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...