Noted: Ini juga berada terlalu lama dalam draf saya.
my previous entry did touched on how people have different temperamen? Dominance (D), Influencer (I), Stabil (S) and Cautios (C).
The very 1st POD that i've taken, my temperamen was I-S and it was somewhere April 2009. Then this year the same test, the same question, but a little bit different answer..so the result also slightly a bit different from last year. This time, my temperamen is S-I.
Nampak serupa kan, tapi tidak sama. Kalau dulu temperamen yg sangat kuat kelihatan adalah sikap Intim sy, tapi kelihatannya sekarang Stabil lebih kuat daripada Intim. Kalau sy ingat2 balik, keputusan temperamen ni, ada kaitan dengan macam mana kita evolve dengan situasi semasa, kedewasaan rohani kita dan yang penting apa keadaan diri kita semasa jawab tu soalan. Seriously, waktu sy menjawab test pada hari itu, sy mengalami sikap yang acuh tidak acuh, kurang bersemangat dan sedikit tertekan. Dan bila sy dapat result itu, sy agak ehm, terkejut juga. Walaupun tidak berapa jauh beza tapi still ada perbezaan.
Sy ingat lagi waktu kami [sy,bum,p'yarman, p'raya] sembang2 dalam kereta otw tu Times Square, sy tanya apa temperamen p'raya. Masa itu sy teka, p'raya I-D. Tapi rupa2nya dia sama dengan I-S. Dan sy setuju sekali sama dia, bila dia cakap begini 'stabil sy akan kelihatan nyata sewaktu sy lagi dalam keadaan tertekan. Sy lebih cenderung mendiamkan diri, dan kalau boleh tidak mahu bercakap dengan siapa2'. Betul sangat and it really describe me.
Dan kerana kestabilan yang semakin kuat dalam diri sy, banyak masalah banyak persoalan yang sy lebih banyak pendamkan dalam diri saja. Sy sihat ka tidak sihat ka, pun tanggung sendiri. Paling2 yang tahu cuma bapa rohani sy yg tau detail keadaan diri sy. Bukan sebab sy tidak mau share dengan orang lain, tp sy cuma tidak mau terlalu bukakan. Keterbukaan sy pun very selective! Spt teman sy cakap..'intim selective'...Maybe!
Kalau hari-hari ini, kalau saya berada di sebuah gereja yang atau tempat yang baru, sy lebih banyak berdiam daripada mendekati dan bercakap-cakap. paling-paling yg sy lakukan, sy salami mereka dan katakan 'hai'. Begitu saja. Sy kurang sudah membuka cerita atau menjadi 'initiator' dalam sstu perbualan. Kurang lah!
Dan bila tekanan datang, sy akan lebih banyak berdiam dan evaluate sendiri. Dan sekiranya perlu, saya akan mengasingkan diri saya dari 'dunia luar' .. perlu ada masa untuk bertenang. Sedikit demi sedikit, intim saya itu bukanlah kata tidak ada, masih ada cuma kurang menonjol.
Nah itu, 2 temperamen saya yang ada. Dominan??? dalam pelayanan saya sekarang atau ketika saya menasihati anak bina saya, ciri2 dominan sy itu kuat. Dalam pekerjaan sy juga, sometimes sy perasaan bila sy dominan sama staff dan sama agensi yg sy jaga. Sy tau apa yg sy mau dan apa yg harus dilakukan.
Cermat?yang ini yg masih blur2. Mungkin dalam soal memilih pasangan hidup lah mungkin. Terlalu banyak pertimbangan (ciri stabil) dan terlalu berhati2 (ciri cermat). Tapi dalam kerja saya, masih tetap ada kesalahan yg sy lakukan lah. part cermat yang sy masih berusaha supaya ciri cermat itu ada.
Apapun, sy mau katakan begini. Pada akhirnya hidup kita ini harus lah menjadi serupa dengan gambaran kristus. Yesus Kristus punya ciri dominan waktu Dia lagi memarahi para pedagang yang menjual beli di bait suci. Yesus orangnya intim...kalau nda intim, takkan tiba2 Yesus bertegur sapa dengan wanita samaria di perigi kan. Yesus juga orang yang stabil. Waktu kapal mereka lagi dihentam oleh taufan, DIa tenang saja, siap boleh tidur lagi..heheheh. Yesus cermat ketika dia bagi arahan sama ibunya Maria waktu mukjizat pertama DIA lakukan ketika di Kana.
Mungkin ada banyak peristiwa lagi yang mengaitkan temperamen Yesus dalam Bible, tapi apa yg perlu kita lakukan ialah menjadi serupa dengan gambar Kristus. Kalau saya orangnya stabil intim, sy harus juga belajar dan tahu bila waktu sy menjadi dominan dan cermat. Maksudnya dewasa secara rohani dalam temperamen kita.
Fikir-fikirkanlah...
Be Blessed Everyone.
No comments:
Post a Comment