Monday, June 14, 2010

My little diary - 1

How I miss writing…. 

Anyway, ini adalah entry yang sy taip semasa sy berada di kampung. Sengaja sy buat begini, supaya sy tidak lupa apa yang saya buat selama sy bercuti di kampung. It’s kind a temporary journal to me. 

Here I am...at my new house. Wow! Sy sangat excited. Masuk rumah saja, sy sudah terpegun sebenarnya. Pertama, sebab setelah hidup selama 27 tahun di dunia ini, finally kami sekeluarga mempunyai rumah sendiri. Dan yang paling menarik ialah, kami akhirnya kembali ke kampung halaman kami. Kalau sebelum ini saya dan family saya bertahun2 lamanya tinggal di luar kampung. Dari sy usia 4 tahun ke atas sehingga darjah 5 saya membesar di Quarters Rumah Pertanian di Batu 10, Kudat. Membesar dengan jiran2 yang pelbagai ragam. Ada pokok gajus dekat rumah, ada pokok nangka, ada pokok mata kucing di seberang jalan. Ada sungai yang ada biawak di belakang rumah. Ada rumah putih khas untuk majikan yang kami selalu cakap ‘rumah berhantu’. Huhuhuhu melalut pula sy ke rumah lama sy. Banyak betul kenangan di situ. Kemudian dari darjah 5 sehingga usia saya 26 kami tinggal di rumah tinggalan orang jepun.. . Situ pun 1001 macam kenangan. Membesar dengan pokok manggis, pokok ciku, pokok rambutan...so bila time musim buah...kami kekenyangan makan buah-buahan. Panjat sendiri lagi tu..Best!

Begitulah kisah hidup nomad kami sekeluarga. Akhirnya, bapa saya buat keputusan, pulang ke kampung dan bina rumah sendiri. Rumah ini adalah hasil usaha kami sekeluarga. Sy buat keputusan buat personal loan utk rumah ini, RM32K dari part saya. Bapa sy keluarkan RM17K dari KWSP nya tuk seterusnya. Kemudian my kak long, utk yg sebahagian lain lagi. Adik saya perempuan, dari segi kelengkapan rumah dan proses like gaji orang buat rumah. Bila rumah sudah siap, my kak ngah, dari segi alat fridge, mesin basuh, almari..etc. Kemudian my big bro, dia beli TV LCD LG khas tuk bapa saya. So...pada saya, bukan soal siapa part yg besar yang sumbangkan, tapi sy bersyukur sebab kami adik beradik dapat menyumbangkan hasil titik peluh kami kepada rumah ini. Inilah hasil jerih payah bapa saya besarkan kami dengan pendidikan dan hasil doa ibu kami siang dan malam supaya kami sentiasa berjaya dan tidak lupa Tuhan. [ I want to cry when i wrote this]. * sebak *.

Hari ini, bila berada di rumah sendiri...rasa sangat selesa. Sentiasa mahu membersihkan rumah supaya tidak kotor. Kalau masak pun rasa best saja...rajin masuk dapur...sudah tidak selekeh seperti dahulu. Dulu-dulu, time masak, ada saja ayam jalan2 [sebab tanah dapur kan] lepas tu ayam berak sesuka hati..memang tahan kegelian juga sy. Huhuhuhu. Tapi sekarang, best! Sy suka memasak dalam keadaan yg selesa. Just imagine, 1st day sy sampai di rumah, sy sudah masak untuk family saya. Penat tidak penat, tp sy excited!..

Pun begitu, masih ada kekurangan. Di kampung saya belum ada paip air dari kerajaan. Yg sekarang guna graviti kampung . Sungai kampung yang dikatakan tidak akan kemarau. Memandangkan kawasan rumah sy atas bukit, air paip kurang dapat naik, sebab kurang tekanan. Air Cuma sedikit saja naik. Kalau mau mandi, masak, ka lain-lain, kena tunggu lama sebab air sangat kecil. Kalau malas tunggu, turun ja rumah nenek sy sana air deras. So I have to pray that one day, Paip kerajaan akan masuk kampung saya.

O ya, yg bestnya lagi, ada ASTRO di rumah sy. Ahahahha. Tidak pernah sy imagine sy akan dapat tengok TV3 or 8TV di Kampung tau..jauh sekali siri Hallmark/ASSPN..ok i’m not ASTRO person ok!..mau picit remote pun sy tanya adik saya..ahahahha. Lucu! Ada cerita sebenarnya ASTRO ini. At first, kami tidak mau pasang sebenarnya. Kira kami rela TV1 dan TV2 saja sebenarnya. Tapi di kawasan rumah kami yg baru ni, susah betul mau cari signal TV1 dan TV2..sekalipun itu line free kan...so tidak tahan bapa sy decide pasang ASTRO sekaligus bapa sy kasi tambah point..dia mau tengok world cup tahun ni...ahahahha. Penyokong Brazil kan.!

Wah...panjang pula...oklah sy berhenti takat ini dulu. Nanti next entry saya upload gambar di setiap sudut rumah saya ah...

Till then, take care. Be blessed.

1 comment:

thesweetlittlecat said...

welcome to ASS-tro world.. ko lum tekena time ujan lbt! :)

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...