So di rumah baru kami, yg menjadi fav sy di masa-masa lapang saya adalah tempat ini.
Ya, TV lagi. Sy suka! Cuma, di rumah sy ni ada ramai budak...jadi susah sikit mau berebut dengan mereka. Apa lagi ASTRO yang memang ada channel kartun memanjang. Ada satu kali, sy cakap sama adik bungsu sy, 'bila turn sy tengok TV?'.. boleh dia balas sy, 'nanti, moi sy panggil kau'. Sudahnya, sy tertidur menunggu dia panggil saya...[tp nda pun dia panggil]. Tobpinai, tobpinai! Nasiblah, sy bukan seperti dulu...hehehee
Sebut pasal TV juga, sekarang ni kan sedang musim 'WORLD CUP 2010'.. di mana-mana bola. Masing-masing dengan fav team masing-masing. Kalau di rumah kami ni, memang BRAZIL lah. Dari Bapa sy, abang sy, adik sy lelaki, dan sy???? hehehee. Ya, sy pun minat bola juga. Minat tengok bola jak! So waktu sy cuti, sempat lah tengok bbp match dengan family sy. Syiok tengok dengan bapa sy, sb bapa sy akan layan pertanyaan sy sepanjang games. hehehehe. "kenapa macam tu pa?', 'offside ka tu pa?'. 'boleh ka macam tu pa?'...wah..nda kau...nasib jak bapa sy ni penyabar...kalau abang sy tu sudah reaksi dia 'tengok saja bah'..nda pun dengan muka seposen dia 'bah tanyalah sy berabis, sy ni kaunter pertanyaan!'.
So, this is my fav team. Sy suka pemain no 10 tu. Actually semua pemain Brazil sy minat. Yg handsome ka tidak handsome ka, yg hitam ka yg putih ka, janji dia pemain Brazil sy minatlah tu. Pendek kata, sy mau Brazil menang tahun ni. Pedulilah orang kata, Brazil selalu menang bagi pasukan lain pula...o tidak! Pada sy, kalau tiada Brazil tidak meriah world cup! Seperti yang terjadi tahun 2006. Bila Brazil kalah suku akhir masa tu, terus sy tidak tengok World cup sudah.
So pagi besok, giliran Brazil turun padang. Hopefully mereka tetap humble dalam permainan dan berikan permainan yg terbaik dan menarik. Never underestimate pasukan lain. Tetap beri yang terbaik. Wah, boleh jadi behaviour consulantant ni tuk team Brazil...ahahahahahaha. Chiayou Brazil!
Ok, melalut jauh sudah sy...hehehee... oklah next entry kita story mory pasal anak2 buah sy pula...ok deh!
No comments:
Post a Comment