Dalam usia sy mencecah 27 tahun, sy bersyukur sy sudah punya 8 orang anak buah yang semuanya comel-comel, sihat dan sempurna. Sy bangga jadi auntie mereka...ahahaha....[perkataan auntie lebih sedap didengar dari makcik..hehehe].
ok mari berkenalan dengan anak buah sy..
1- Yoyon
Nama penuh, syereen. Usia 12 tahun. Tahun ni ambik UPSR. Bersekolah di SK Pinggan2 Pitas. Kakak sulung kepada 5 orang adik beradiknya yang semua perempuan. Anak kepada kakak sy yang kedua. Dikenali kakak yg garang kepada adik-adiknya. Tp believe me, dia tidaklah segarang mana.. kalau pun perangainya sometimes bikin gerigitan juga but I know why she acted like that. Tidak suka bergaul dengan ramai orang, pendiam dan mudah rimas dengan keadaan yg crowded. Hasilnya, di sekolah sikit saja kawan2 dia. Tp kelebihan dia, seorang yang suka kekemasan dan keteraturan. I guess dia ada temperamen cermat. Hehehehe.
2- Koye
Next, anak buah sy yang kedua. Nama penuh Clayreena. Usia 11 tahun. Juga bersekolah yg sama dengan kakaknya yoyon. Dia ni suka bergaya. Fashion dia antara yg terbaik di antara adik beradiknya. Suka menyanyi. Mudah bergaul dengan ramai orang. Cuma peliknya dia ni, dia akan ikut apa2 lah aktiviti kalau kakaknya ikut. Dia akan usahakan juga supaya kakaknya ikut. Dengan sy dia kurang rapat. Dia banyak ke adik saya.
3- Miko
Anak buah sy yang berusia 9 tahun ni mempunyai nama yang sangat unik @ pelik di kalangan kami semua. Nama penuh dia Yumiko Ezreen. Mamanya masa tu mungkin minat dengan nama Jepun jadi dikasi nya lah nama anaknya yg ketiga Jepun. Dia ni, pandai menari plus menyanyi. Sangat best dia menari. Tidak suka makan sayur, sebab itu kulit tangan dan kaki dia agak kekeringan. Balik2 ditegur pun, tp nanti dia akan balas macam ni, 'sy makan sayur juga bah, tp kangkung sajalah'. Hehehehe. Susah juga kalau banyak dibesarkan dengan sayur kangkung ni. Dia fashion pun not bad juga. Seorang yg adaptable. Kalau dia seorang saja di rumah akinya [panggilan mereka utk bapa saya] tp dia nda kisah. I guess dia ni intim orangnya. Cuma, dia ni terlalu terdedah dengan cerita cintan cintun jadi a bit nakal dalam usianya yg muda. Kecik2 lagi suka minat2 sama budak2 sekolah sebayanya..aishhhh..bahaya betul dia ni.
4- Bitoi
Dialah anak buah lelaki kami yg sulung. Nama penuh Victor Junior. Cucu lelaki sulung kepada keluarga Lesa sekarang berusia 6 tahun. Dan juga anak kacukan. hehehe Ya lah, bapa dia keturunan dusun-murut Topokon. Jadi, bapa sy bagi gelaran sama anak buah sy ni Dungus -> Du + Rungus = Dungus. So melekatlah nama ni di kalangan org kampung. Tidak dapat imagine bila dia besar nanti. Dia ni sangat lincah, aktif dan banyak cakap. Banyak pertanyaan dan selagi dia tidak puas hati dia kan tanya dan tanya, sampai naik bosan jawabnya. Paling suka kalau time cuti dapat balik rumah akinya berbanding atuknya di Topokon sebab di rumah akinya ada ramai kawan dia boleh bawa main.
5- Kocan
Anak buah sy yg kelima ni, baru berusia 5 tahun. Dia ni pun agak aktif dan juga suka cakap. Tapi dia kalau bercakap best. kau kan ketawa. Hehehe. Terhibur dengar dia bercakap. Dia ni pandai juga menari. Sy suka tu usik dia, 'can-can menari robot dulu'. Mulalah di situ tangannya macam robot menari. Kenapa dia dipanggil kocan, dulu ada kartun di TV1 setiap ahad jam 7 namanya Ako chan. Cerita Jepun juga tu. jadi bapa sy ni panggil lah dia ako can. Jadi melekat sampai sekarang jadilah kocan. yg sebenarnya nama dia Annileese. Itu pun kakak sy ambil dari kartun barbie. Macam2 kan.
6-Gebe
Ni anak kepada kakak sulung sy. Baru berusia mau masuk 4 tahun rasanya. Dia pelik sikit. Sebab dalam usia dia macam ni, fizikal sempurna cuma belum pandai cakap satu patah perkataan pun. Even mama papa pun tidak jelas. Jadi adik sy Dr ni, syorkan kakak sy spy jumpa pakar. My adik suspect maybe gebe ada penyakit DHD ka apa tu...hiper aktif yang tidak bagus lah. Pun begitu, sy suka telatah gebe ni2. O ya nama penuh dia Valerian Jasper.
7 - Jelita
Ni lah bah ni kalau kaki tengok TV kan, dulu Yumiko then ako chan then Anilese, nah kali ni Jelita..ala lakonan Agnes Monica tu. Kan nama dia Jelita. Jadi anak buah sy yg baru berusia 10 bulan ni dipanggil Jelita, tp nama betul dia Gracie Syiena. Tp sy nda biasa dengan nama betul dia. Di rumah semua panggil dia Lita-lita, atau melita-lita..hehehee. Anak buah sy ni sangat jarang menangis. mesra alam dengan semua orang yg mendukung dia. I love her.
8- Avronlee
Anak buah sy yg paling bungsu...anak pertama abang sy. Nama dia lagilah gabungan pemain2 dunia. Avron sy tidak ingat siapa tapi lee itu sempena lee chong wei. Ada-ada saja mereka. Baru berusia 2 bulan. Tp sangat montel dan sihat ok! Huhuhu miss him.
Orait...sy sudah perkenalkan semua anak2 buah sy. Yg pasti sy merindui mereka semua. Gelagat durang pastinya. Auntie love u all....and pray that all of you be the person that God want u to be. Amen.
Be Blessed.
NB: Brazil menang pagi tadi. YES! Thanks to my friend yg keep updating me sepanjang pagi tadi.
No comments:
Post a Comment