Sunday, September 5, 2010

Curhat di malam Ahad

hola friends...

happy blessed sunday....

sebelum sy menulis lebih jauh entry sy, sy mau letak disclaimer dulu. This N3, adalah bacaan dan renungan di kalangan sesama sahaja...tiada unsur membuat kontroversi ataupun kekecohan...so kalau tidak mau baca, sila jangan teruskan. Sy tidak memaksa, kerana apa yg bakal sy tulis adalah pandangan sy secara pribadi.

Apa yg sy mau share ni, adalah tentang seorang kakak kepada sahabat sy yang menukar agama kepada agama lain. Sebenarnya, bukan perkara baru kan tukar2 agama ni sebab alasan nya kawin. Selalu sudah kita dengar kan? Selama ini, banyak sudah terjadi di sekitar saya tapi sy banyak mendiamkan diri saja sebab cakap 100 x pun mesti tidak ke mana. Tapi entah kenapa kali ni, sy rasa sy mau keluarkan rasa pandangan sy. Mungkin ada kekesalan dalam hati yg menyebabkan sy tidak mau simpan lg.

Kepada agama apa, itu sy rahsiakan. Tetapi alkisahnya, wanita yg convert ni for me sangat 'Hilang Akal' dek buta dengan cinta kasihnya kepada lelaki itu juga kasih sayang keluarga lelaki itu kepada wanita ini. Wanita ini, mahu menikahi lelaki ini tanpa memberitahu kedua orang tuanya. Orang lain dia beritahu tetapi kepada ibu bapa sendirinya tidak diberitahu. Keluarga wanita ini berabislah telefon, sms, macam2 lah dibuat utk berhubung dgn wanita ini tetapi tidak diendahkan. Kemudian keluarga wanita ini membuat panggilan kepada teman lelaki wanita ini pun hasil yg sama tiada balasan. Ketika sy mendengar ini kan, hati sy menjadi panas. I really want to say to that lady, 'why are u so stupid?'... 'kau tiada di bumi ini kalau bukan mama bapa kau yg lahirkan kau dan besarkan kau'...'senang2 saja kau mau kawin dgn lelaki..ya sudahlah tidak 1 agama, kau tidak kestau lg family kau'... maafkan sy kerana bahasa sy yang kasar ni. Ini belum sy sentuh pasal agama lagi baru sikap wanita ini kepada keluarganya. To that man, sy lagi mau marah. ingat dia sangat gentleman ka, buat keluarga wanita itu dalam keadaan terpinga2. Setahu sy, mana2 agama di dunia ini, menekankan 'menghormati orang tua'. kalau tidak derhaka nanti, jadilah tanggang!... tapi how come that man pun boleh ignorance macam tu.

Lagi teruk, sy mendengar, wanita ini lebih mengagung2kan keluarga lelaki itu. Fuhhhh...betul2 anak tanggang!.....sekarang sy mau cakap pasal hukum hakam agama pula. Firman Tuhan mengatakan dalam Efesus 6;2-3. "hormatilah ayahmu dan ibumu-ini adalah suatu PERINTAH yang penting, seperti yang NYATA dari janji ini: supaya kamu BERBAHAGIA dan PANJANG UMUR mu di BUMI'. Perhatikan Perintah Tuhan ini. Kita disuruh menghormati orang tua kita utk kita beroleh kebahagiaan dan umur yg panjang. Kalau sebaliknya berlaku, maka hal yg sebaliknya kita akan peroleh yakni, penderitaan dan umur yg pendek alias cepat mati. Bila sebut perintah maka itu bukan hal yg perlu kita kompromi. Itu adalah HARUS!...

Really, wktu sy mendengar adik kepada wanita ini sendiri ini sharing, sy yg 'orang luar' pun rasa marah. Pertama, sebab dia menjual iman nya hanya cintakan lelaki ini. Kedua, meninggalkan orang tuanya. Bahagia yang kekal adalah di SURGA, tapi kalau tidak menghormati ibu bapa, jangankan bahagia di SURGA, di bumi saja sudah menderita. Itu kan lebih naya ging!!!!

Makanya, sy mau beritahu kepada those yg hampirrrrrrrr sama dengan wanita ini, sy mau kestau begini, pindah agama kalau pasti agama itulah yg membawa kepada kekekalan maksudnya kalau mati bila2 saja, SURGA adalah tempat yg pasti utk ditujui. Kalau tidak, jangan membabi buta, hanya kerana cinta menjual iman kepada yg tidak pasti. Sebab kasih manusia tidak sempurna, hari ini boleh cakap sayang esok esok lusa....belum tentu dia boleh menerima apa adanya. Selalu kasih manusia kalau di luar Kristus adalah kasih bersyarat! Kedua, ingat kalau masih ada orang tua mu di dunia ini, jangan pandai memandai [sy sengaja!] buat keputusan kawin tanpa pengetahuan mereka. Apa lagi langsung tidak melibatkan family. Jangan lupa ibu kita yg mengandungkan kita selama 9 bulan. Kalau tidak sedar diri lagi, nah sy tidak taulah...

Ok cukuplah rasa hati sy itu....sy menulis ini, juga mengingatkan diri sy yg masih banyak ketidaksempurnaan bab hormat menghormati ibu bapa. Tapi sy usahakan 'family comes first'. Of course, undeniable, 1st top priority itu adalah BAPA di SURGA. Itu sudah pasti, tp selepas itu pastikan family our next priorities.

Till then, renung2kanlah...

1 comment:

Mike said...

ehmm... betul lah CINTA ITU BUTA.. Kalo tak tdk lah camtu.. Manusia selalu cam tu.. kemudian hari baru menyesal... by that time baru salahkan diri, salahkan tuhan dan salah kan setan juga hahaha... life need decision and we live by decision we made.. if we do it right then we live it right.. if we do it wrong then we live it wrong..

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...