Hi hi...
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kasih karunia-Nya untuk keluarga saya. Saya bersyukur untuk anak yg dalam kandungan saya. saya percaya sejak dalam kandungan lagi, tangan Tuhan telah membentuknya (ya mungkin Tuhan lagi sedang memproses berkarya untuk potensi bagi bakal anak saya yg akan lahir nanti).
Semalam merupakan sambutan Hari Bapa. Di gereja, kami dilayani oleh seorang pak pendeta dari Abbalove ministry dari Jakarta. Kutbah beliau sangat simple tapi sangat tajam bahkan diakhiri dengan satu klip video yang membuatkan saya mengalirkan air mata tanpa henti2.
Bapa adalah sumber. (original meaning) Jadi bila bermaksud sumber, semua mata akan mengarah atau tertuju kepada sumber. Powerful statement dari pak pendeta semalam adalah, kita ada pada hari ini itu adalah dari bapa kita (refer: bapa jasmani). Which is betul!
Saya lebih rapat dengan bapa saya berbanding dengan ibu saya. Perkara yang bapa saya lakukan yang saya tidak boleh lupa adalah ketika bapa saya menemani saya membuat kerja rumah matematik tentang 'masa dan waktu' sampai larut malam. Bukan mudah saya memahami pengiraan masa dan waktu ketika itu, tapi bapa yang sabar tetap menemankan saya.
Bapa saya seorang yang lemah lembut tapi dia tau waktunya bila untuk tegas. Dia seorang yang tidak pernah meninggikan suaranya apa lagi marah2. Bapa saya ketika memberi nasihat, itu sangat powerful sehingga meninggalkan kesan yg dalam. Simple tapi tajam. Bapa saya seorang yang mendahulukan pelajaran anak2nya dan sanggup berkorban utk kami. Pada saya bapa saya adalah hero saya.
Yes, bapa saya tidak perfect. Ada juga perangai bapa sy dulu yang kuat minum itu yg buat saya marah dengan bapa saya. Tapi i love my father.
Jadi kalau hari ni, teman2 saya mengenali saya seorang yg lembut dan pandai tegas utk certain things itu sebab saya mewarisi dari bapa saya. Kalau ada yg refer saya utk dapatkan nasihat, itu kerana sy warisi dari bapa saya. Saya ada hari ni kerna bapa saya.
Sebab itu, ketika saya sudah kawin, sya mulai menyedari bapa itu memainkan pengaruh dalam kehidupan seorang anak. Husband saya cthnya, bapanya merupakan seorang yg sangat sibuk. Sebab itu dari kecil husband saya seorang yang sangat berdikari tambah lagi dia seorang anak sulung. Husband saya bukan jenis mudah memberikan kata2 pujian, sebab di zaman kecil nya dia juga jarang mendapat pujian dari bapanya.
Ketika saya menulis entry ini, saya menyedari akan satu hal. Bapa kita juga pasti dipengaruh oleh bapa mereka sewaktu kecil. Apa lagi kalau bapa sudah meninggal, pasti figure bapa itu tidak ada. Oleh itu, sebagai anak kita tidak boleh menyalahkan bapa kita kalau bapa kita kurang sempurna di mata kita.
Saya lihat itu pada husband saya. Saya kagum dengan dia sebab sekalipun pengalaman zaman kecilnya pada saya sangat susah dan tidak pernah saya alami, tapi dia sangat mengasihi bapanya. Dia tau bapanya juga tidak bersalah sebab dari kecil bapanya sudah kehilangan figure bapa.
Sebab itu, saat ini ketika Tuhan percayakan kami dengan anak yang saya sedang kandungi, jauh di sudut hati saya dan husband saya. Kami mau menjadi ibu dan bapa yang baik utk anak kami. Kami tidak mau membawa pengalaman kami atau acuan kami dari keluarga kami, tapi kami mau kami menjadi ibu bapa yang Tuhan perkenankan.
Dan BAPA di surga adalah SUMBER ILAHI. The ultimate source! Dari DIAlah hikmat itu.
Jadi di kesempatan ini, saya ingin ingatkan kita semua, hargailah bapa kita. Dia mungkin tidak perfect seperti yang kita harapkan patut ada pada seorang bapa, tapi percayalah dan serahkan bapa kita di dalam doa. Ketika bapa kita berjumpa dengan sumber satu-satunya, pasti hidupnya akan berubah. Keep on praying for our father.
God Bless
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A decision to make... is it for better or worse?
Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...
-
Duduk di Kementerian ini memang banyak hal yang tidak terjangka...one minute you still hold the position the next day u got transfer order.....
-
i は悪いと悲惨なを感じる。 私は私の間違いである知っていた。 申し訳ありません主低下するの私です。 私は私の に横たわってされてしました。 主よ、許す私。 腹を私と私の を行う i たびに悲しいなかで感じる。 ちょうど願っていないは彼女はことを教え、偉大な従業員となりすぐ雇...
-
I love cooking... :D Bukan sebab sy ni perempuan dan harus pandai masak, atau sebab mau kawin so kena belajar masak, tapi sy suka memasak si...
No comments:
Post a Comment