Monday, June 20, 2011

sharing ringkas

Di kesempatan ini saya share kan kutbah yang saya dapat ahad semalam (19 Jun 2011)

Tajuk Kutbah: Father's Blessing
oleh: Pdt Hendi Gunawan
Matius 3:16-17

Bapa dalam maksud aslinya adalah sumber. Jadi sesebuah keluarga itu akan dilihat bagaimana sumber itu berfungsi, sama ada bapa sebagai imam keluarga, atau bapa sebaliknya.

Seorang bapa perlu memperhatikan 4 perkara:

1-Sebuah rangkulan/sentuhan yang bermakna

Bapa harus selalu mengadakan moment di mana, father-son or father-daughter ada waktu2 utk menghargai anak melalui sebuah sentuhan. Sentuhan ini penting sebagai jambatan hubungan baik bagi bapa-anak. (ayat 16)

2-kata-kata berkat yang diucapkan

Kisah Esau dan Yakub. Sebelum Ishak meninggal dunia, dia mau memberkati Esau anak sulungnya. tapi apa terjadi, isterinya Ribka menyuruh Yakub menipu bapanya supaya meyamar menjadi Esau. Yakub mendapat berkat dari bapanya ishak dan akan terus hidup dengan berkat yang telah diungkapkan manakala Esau menjadi marah bukan kerana bapanya ishak tidak punya kekayaan lain tapi yang dia inginkan adalah sebuah BERKAT dari bapanya.

3-Kasih tanpa syarat

ada satu kesaksian dari hamba Tuhan di Indonesia. Sewaktu kecilnya dia mendapat gred rendah utk mata pelajarannya. Gurunya kata tiada harapan. Tapi bapanya ketika itu memeluk dia dan merangkul anak itu dan mengatakan dia percaya sama anaknya baik keputusan nya rendah. Anak itu berubah dan nilai mata pelajarannya terus meningkat.

4-Father's approval.

Seorang anak (especially anak laki2) inginkan kepastian dari bapanya. Sama ada dia adalah anak yang menjadi kebanggaan buat bapanya. Bapa yang baik adalah bapa yang mengatakan semua anak2nya adlah kebangaan buat dirinya.

Ciri-ciri anak yang tidak mendapat kata2 berkat dari seorang bapa;

1-anak itu menjadi seorang pemberontak

cthnya Esau.

2-mudah kepahitan

3-iri hati

4-independent


Kesimpulan;

Kalau bapa yg kita ada sekarang kurang sempurna, ampuni dia. Keep him in your prayer. Dan ingatlah Bapa kita yang di Surga mengasihi kita.

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...