Thursday, July 21, 2011

apabila semuanya bercampur...

Apa peranan seorang bos?

Apakah tugas hakiki seorang bos hanya tau:

1-mengarah anak buah

2-check dan buat editan secara editorial kerja yang dihasilkan

Saya bagi dua saja sebab ini yang saya alami dari immediate bos saya.

As what I shared in my previous entry (long time ago)...saya suda bertukar bos lima kali sepanjang dalam perkhidmatan. Macam2 karenah bos yang saya lalui. But sad to say...dan walaupun saya tidak suka cakap but i need to luahkan this..this is my worst bos i ever met.

Saya pernah dapat bos yang garang...sampai ada satu waktu saya takut pergi kerja. Saya berdebar2 pergi kerja sebab saya tidak tau apa expectation bos saya hari tu. Tapi bos inilah yang saya paling sayang. Sebab bos ini dia ada personal touch dengan saya. Dia garang tapi sampai suatu hari dia panggil saya..ber 'heart to heart' dengan saya. Lepas saya balik jumpa dia, saya nangis. Saya nangis bukan sebab saya membenci dia. Tapi saya tau dia mau ajar saya to do much better in the future. Dan betul saya belajar banyak dengan dia. Dari segi macam mana sebagai seorang pegawai bukan setakat jadi posmen kepada agensi. Sebab sebagai pegawai dr HQ kita ada hak (bos saya ajar) tuk tanya, persoalkan, bagi cadangan, bagi pandangan dan even kita ada hak gesa agensi. Bukan setakat minta maklumat dan terus forward. Bos saya ajar macam mana mau jawab soalan parlimen..tanya dan minta lagi maklumat dan jangan terus terima bulat2 jawapan agensi. Dan bila ada kertas kabinet yang perlu kami buat dari scratch, my bos dan saya duduk di disucssion room 1 hari utk bincang bersama. Dan tidak selalu bos saya ni akan check on me. Dia tau kalau tidak ada urgent dia akan bagi saya ada masa utk santai. Dan dia selalu ada perancangan ke depan. Dan wlpn dia bos perempuan, tp sy salute dia. Tapi sayangnya, masa tu big boss saya tidak tau hargai bos saya ni. Dia alihkan bos saya dengan cara yang tidak baik. Ternyata itulah orang bilang 'blessing in disguise'. Bos saya menyinar di tempat baru bahkan belum cukup setahun pun, bos dia disana sudah mau calonkan dia APC. Tengok...kalau ada orang tau menghargai kebolehan seseorang pasti seseorang itu menyinar. Jadi, bos saya happy di tempat baru dia. Dan kami masih saling contact sampai sekarang.

Tapi bos saya yg skg ini...berapa besar pun hati saya untuk cuba melihat yang terbaik dalam diri dia...seberapa luas pun jiwa saya untuk cuba melihat kelebihan dia...semua itu akan hilang dan tiada yang tinggal. Seberapa dalam nya hati saya cuba untuk mengasihi dia sebagai mana Kristus melihat dia still saya sangat tidak sempurna utk mengasihi dia. Sebab sering kali dia memperlakukan saya dengan cara yang pada saya tidak adil.

Selama berada di bawah dia, tidak sekali dia mau duduk berbincang secara dalam apa yg perlu dilakukan utk seksyen dia. Bila saya cuba utk menerangkan, dan membawa dia tuk sama2 berfikir..sering kali itulah dia akan seolah2 malas untuk mendengar dan membiarkan saya berfikir sendiri dulu dan dia akan check kemudian. Dia hanya tau tanya saya berabis...

Dengan sikap selfish nya dia, dia banyak buat 'spy secara diam2' ke atas kami. Tidak ada personal touch..tidak ada sense of berhubung dengan pegawai bawahan dia. Dia hanya tau mengarah dan akhirnya dia dapat kredit sendiri.

Sorry lah bos...puji Tuhan kau dapat saya dan miss F bawah kau. Tanpa kau, kami sebenarnya masih boleh run seksyen IK. Sebab ada kau pun, banyak keputusan kau tidak mau buat. Banyak surat kau tidak mau sign. Buat apa jadi bos kalau tidak mau atau tidak sanggup ambil tanggungjawab? Kau mau terima gaji buta saja?

Saya sokong sangat kalau penilaian 360 darjah tu diimplement kan. Sebab tidak adil hanya bos besar saja boleh bagi kau penilaian. Patutnya pihak JPA tidak perlu mendua hati mau implement benda ni. Kau nilai saya..fine. Tapi saya juga perlu nilai kepimpinan kau. Sebab manusia bukan Tuhan. Tuhan itu adil dalam menilai orang. Jadi kalau manusia ni banyak kepincangannya, sepatutnya penilaian itu lebih luas dan melibatkan banyak orang. Sebab itu namanya organisasi.

Organisasi wujud sebab ada link antara orang atas, antara sesama dan orang bawahan....

pasti ada kekurangan di mana2 tetapi itulah kekuatan sstu organisasi..leadership and the people that the person lead!

*sigh* sayangnya saya bukan di JPA. Saya tidak tau macam mana cara kerja orang2 JPA...

*sigh* (another keluhan)...kadang2 mulut saya ni hampir mau meletup dengan bos saya. Saya betul2 mau pointed out apa yg saya tidak puas hati. Tapi tidak ada ruang utk saya utk itu. Saya bukan berniat mau mengajar dia, saya cuma bos saya tau apa yang kami as pegawai bawah seliaan dia rasa dan kami juga ada expectation tuk bos. Barulah bekerja itu ada rasa seronok dan bermotivasi.

My sis yg seorang cigu. Dia sudah menemukan kepuasannya dalam pekerjaannya. Adik saya seorang dentist..dia juga menemukan kepuasan dalam kerjayanya. Saya? masih terlalu jauh.

*****

No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...