Monday, September 12, 2011

Renungan sejenak ~ 11/9

Tragedi 11 Sept 2001 merupakan tarikh yang menjadi ingatan buat semua warga Amerika Syarikat. Di mana WTC musnah akibat serangan daripada pengganas dan banyak jiwa yang terkorban serta cedera.

Saya percaya, bagi family yang mempunyai ahli keluarga maut dalam kejadian tersebut pasti akan diimbau semula kesedihan yang pernah di alami. Mungkin ada luka lama kembali berdarah setiap kali mengingatkan peristiwa tersebut. Di sisi lain, bagi Kerajaan Amerika sendiri pasti mereka telah menjadikan peristiwa ini sebagai langkah mereka sentiasa berjaga2 dan lebih berwaspada di masa akan datang (even sampai sekarang).

Apapun, dari sudut pandangan dan hati kecil saya, saya agak berbeza dengan apa yang sentiasa diwar-warkan oleh media massa.

Saya faham sama sekali perasaan kehilangan...apa lagi kalau ada ahli keluarga sendiri. Tapi, pada saya peristiwa ini sudah hampir 9 tahun berlalu. Sebaiknya, bagi ahli keluarga yang terlibat marilah lepaskan pengampunan (forgive and forget) kepada pengganas2 tersebut. Spt mana Yesus Kristus sendiri mengampuni askar2 romawi semasa penyaliban Kristus. Bahkan Yesus sendiri mengatakan 'ampunilah mereka kerana mereka tidak tau apa yang mereka lakukan'. Kalau Yesus yang merupakan orang yang tidak berdosa sanggup mengampuni, apa lagi kita.

Saya tidak cakap senang untuk mengampuni orang yang telah melukakan hati apa lagi luka yang dialami bukan saja melibatkan mental tapi fizikal juga. Tapi, pengampunan itu bukanlah sstu pilihan yang kita ada melainkan itu adalah lahir dari KEPUTUSAN dari dalam diri kita. Kau mau mengampuni, buatlah keputusan utk ya mengampuni orang itu. And I dont said it will be easier. Therefore we need the grace from God to do so. Hanya dgn kekuatan Tuhan kita dimampukan.

Ada banyak ragam manusia...kadang2 secara manusia itu memang sukar. Tapi itulah firman Tuhan, 'Orang yang mau mengikut AKU harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut AKU'. Inilah yang harus kita taati. Harus diingat, pembalasan bukan di tangan manusia tetapi di tangan Tuhan.

Saya harap dan berdoa warga Amerika tidak menjadikan peristiwa hitam ini sebagai suatu hal yang mana mereka harus terus memusuhi 'mereka yang berkenaan'. Tapi ambillah keputusan untuk mengampuni 'mereka yang berkenaan' dan berdoalah supaya 'mereka yang berkenaan' akan mengenal kasih karunia dari Kristus sendiri.

Be Blessed.

Peace No War.

4 comments:

thesweetlittlecat said...

my point plak beb:

Sudah berpuluh2 tahun rakyat Palestine, Bosnia, Bangladesh and Pakistan merana akibat serangan dan kekejaman USA, Israel dan negara2 besar.. dan kau pun tau negara2 ni rakyat beragama ape kan? Dan tak terkira dah berapa juta terkorban.. baby, ibu mengandung, kanak2, warga tua, wanita, org kurang upaya, org2 sakit di hospital, kanak2 yg sedang belajar di sekolah, tapi DUNIA senyap je, mcm pejam sebelah mata.. yg betul2 concern adalah rakyat MALAYSIA. kita hantar pelbagai NGO untuk bantu dorang kat sana, kau rasa fair tak beb? adil ke? jika dibandingkan dengan tragedi 9/11 yg mengakibatkan hanya beberapa ribu kematian. aku tau mereka pun maklhuk bernyawa tp kalo dirumuskan kenapa dorang sume nak besar2kan kisah 9/11 berbanding penindasan yg lain? dunia ni tidak adil.. sedih dengan kekejaman yg berlaku di dunia tp USA dan sekutunya sibuk serangan 9/11.. :( Skrg ni usa ni nak campur plak hal2 kat syria, libia and negara yg tengah gado2 tu..

rennylesa said...

itulah..

my real point is that, selagi kita mengingati kesakitan atau luka lama, selagi itulah sakit hati or kepahitan dlm hati akan mendalam. Lebih teruk memusnahkan diri sendiri.

So marilah hidup aman damai...:)

thesweetlittlecat said...

dan point aku plak, penindasan dan kekajaman usa/israel di negara2 tersebut bukan luka 'lama' tapi luka yang berlanjutan sampai skrg and xkan stop sebab mereka tak kisah. 9/11 dah 10 tahun berlalu tp penindasan dan kekejaman di negara tersebut sejak tahun 80-an sampai sekarang tak habis2, setiap hari ada je yg mati.. siapa tak nak hidup aman dan damai? thats y aku risau ngr kita sendiri yg bergado disebabkan parti politik ni, takut jadi mcm ngr2 yg gado2 tu, pastu usa msk campur.. goodbye to aman damai!

vivien_capri said...

conclusionnya, jangan la buat hukuman based on pegangan 'an eye for an eye..'

tu yang masalah tu, kalau fight keganasan with keganasan, sampai bila pun nda akan habis..uhuuu..

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...