Wednesday, March 27, 2013

Gloomy Wednesday

Hati saya terluka...

Bukan sebab saya tidak mahu mengampuni

Saya boleh saja mengampuni 

Bahkan sudah pun mengampuni

Tapi seperti mana kaca..

Pa bila di hempas,

ianya akan berkecai

kalau pun dipulihkan...kesan gamnya masih kelihatan...

demikian juga hati saya...

Perkara lain boleh saya terima

Tapi bila libatkan soal keluarga...

itu mengguris hati saya...

Sebab

kerana ibu bapa sayalah

saya ada di bumi ini..

kerana ada kakak, abang dan adik

saya tahu bergaul dan berkomunikasi

kerana ada saudara mara..

saya tau apa itu maksud saling tolong menolong,

jadi apabila melibatkan hal keluarga...

Saya pasti tidak berdiam diri

Sebab saya tau

pada akhirnya

keluarga lah yang ada dan tinggal buat saya...

Tuesday, March 19, 2013

Keutamaan (Priority) vs Keperluan (Needs/Dreams)

Hai semua..sahabat-shabat di dunia maya ini...

Saya hari ini terpanggil untuk sharing something yang sejak akhir2 ini menjadi satu 'pergumulan' (bahasa mudahnya: dilema) dalam hati dan minda saya.

Ceritanya bermula bila saya menjadi seorang isteri dan ibu kepada satu orang anak.

Untuk makluman (i hate using this words tapi sb bahasa ni sudah menjadi spt darah dan daging dalam penulisan saya sehari-hari di office), saya bangga dan gembira menjadi seorang ibu kepada anak kebangaan kami iaitu Joshua Raphael. Tiada yang menjadi lebih bermakna selain dapat bersama dengan anak saya dan melihat perkembangan dia sehari-hari.

Tapi dilemanya bermula apabila:-

(i) Saya kena hadiri kursus

Bila sebut kursus, ada dua (2) perkara saya perlu lihat dan menjadi keutamaan saya..

(a) Tempat
(b) Tempoh Kursus
(c) Objektif kursus (hahaha,,,this one...hanya kritikal apabila kedua-dua pilihan di atas dipenuhi)

Kenapa saya jadi dilema,

(i) Anak saya tiada penjaga khusus...during kerja, saya hantar anak saya ke Taska dari jam 6.45am - paling lambat ambil jam 7pm. Weekend memang dijaga sepenuhnya oleh saya.
(ii) Keduanya, husband sy selalu out station. Kadang2 out station boleh sampai seminggu.
(iii) Saya tiada saudara mara terdekat yang duduk di sekitar saya tinggal. Ada saudara (adik lelaki ibu saya yg sudah berkahwin yg duduk di PUCHONG,  tapi saya tidak biasa dengan isterinya)

Kursus terjauh saya pernah pergi adalah di PD. Masa tu Joshua baru 5 bulan. Saya terpaksa cari kawan 1 church dan Puji Tuhan masa tu dia free tiada kelas so bolehlah saya pujuk dia ikut saya sekali untuk jaga Joshua.

Sebab itu kenapa sy menolak pergi kursus di luar lembah Klang unless TERPAKSA sudah betul. Yang terdekat saya kena pergi Kursus Seksyen di Langkawi. Masih fikir macam mana solution kami dua husband sebab tempoh kursus 5 hari. Sigh...

Ini hal2 yang wajib yang perlu saya teliti sebab apa sudah namanya Penjawat Awam kena ikut kursus tidak kurang 7 hari berkursus.

Might be some of you sarankan bengkel/seminar apa2 lah yang singkat kan yang tidak memakan masa. Saya setuju..tapi apakan daya saya kebanyakan bengkel/seminar selalunya bukan sy yang disuruh. OFF TOPIC dari saya kot.

Dari sudut keperluan saya pula...saya teringin sangat teringin mau join kursus for example COTI atau JICA atau sewaktu dengannya lah...masa masih single...mesti saya tidak dapat lepas...sekarang ni dari segi syarat saya patut sudah melepasi tapi unsur2 lain seperti anak seperti yang sy mention di atas, membuatkan semuanya terbantut sekali lagi.

(ii) Pelayanan di Gereja

Betul pelayanan bukan segala-galanya. Tapi sebagai Tubuh Kristus melayani itu perlu.

Di church, saya melayani sebagai Worship leader, AJK Beauty of CHrist (BoCh), Pembina Anak dan Pembina SPK. Saya pernah minta dikeluarkan pelayanan pada masa 3 bulan pertama sy pregnant sb masalah all-day-sickness saya yg sangat teruk buat saya x boleh fokus. Selain itu, sy pernah juga minta perkara yang sama, bila usia pregnant saya mencecah 6 bulan dan sehinggalah anak sy baru lahir. Baru2 ini saja saya memberanikan diri utk kembali dalam pelayanan selepas Joshua sudah masuk 1 tahun 2 bulan.

Saya sebenarnya rindu pelayanan ini semua. Sebab itu, bila lama tidak melayani, ada terdetik hati kecil bila saya boleh kembali dalam pelayanan. Bila kembali, maka inilah pergumulan sy.

Saya pernah, masa itu giliran saya WL, dan husband pula out of the town, imagine I have to bring Joshua pergi latihan dan kena dukung dia sepanjang saya praktis. Sebab masa tu tiada orang boleh tolong jaga Joshua. Penat, tapi I thanked GOD, He gives me strength.

Kadang2 saya pandai jeles...tengok ada kawan2 walaupun sudah kawin dan ada anak, boleh ke sana sini sebab ada orang terdekat jaga anak mereka. Bagi mereka tiada masalah out station sebab sekurang2nya ada orang yang boleh mereka percayakan. Dalam situasi saya, agak susah.

Ketika saya share kan ini, bukan maksud saya menyesal kahwin jauh sekali menyesal ada anak...never terlintas dalam fikiran sy. Cuma inilah antara dugaan dan cabaran yang perlu saya lalui apabila membesarkan anak di luar lingkungan keluarga terdekat.

Terlintas di hati..'baik pindah saja di sabah. senang. kalau kursus hantar Joshua pergi Kudat. atau panggil parents duduk dengan saya. Setidak2nya KK-kudat tidak jauh'. Tapi, sy ada suami. Suami saya tidak semudah saya untuk pindah. Dan tempat isteri haruslah di sebelah suami. Dan kerana itu, saya terpaksa melupakan hasrat saya utk pindah.

So apa yang kami buat, weekdays, hantar anak ke TASKA, sebab kerja tetap kena jalan. Weekend saya jadi full time housewife. So in the middle, itulah sy juggling hidup saya sebagai isteri,ibu dan pelayan Tuhan.

Apa yang saya boleh lakukan sy akan usahakan lakukan. Tetapi sekiranya di luar kemampuan, saya terpaksa utamakan KELUARGA sy dulu. Like I said, Joshua dan suami adalah keutamaan sy. Saya mungkin akan tertinggal dalam beberapa perkara, tapi saya percaya, suatu waktunya Tuhan pasti berikan itu semula kepada saya. Mungkin juga, sekarang ini saya perlu belajar how to balance my life. And I know by doing it with my own strength I definitely can't do it. That's why everyday I need God to give me wisdom and strength of becoming the woman, wife and mother that HE want me to be.

But of course, I am not alone....I know many woman out there is in the shoes just like me...so maybe the only thing I can do at this moment is SMILE and Be THANKFUL.

xoxo

Yours Truly.

Making A Difference


"This day, we must turn again to God’s Word and draw inspiration and strength for the direction of our nation. When the walls of Jerusalem were in ruins, God’s people rose to rebuild it (Neh 2-3). People laughed. And that’s why we must rebuild! When we have a task so impossibly big then only God can do it! What drives us? God’s glory over our land. What powers us? Faith. What fires us? A concerted prayer strategy for our land. Fervent prayer. Prevailing prayer. Continuous prayer. Warfare prayer. But above all, the united corporate prayer of faith that decrees God’s will over Malaysia. GE-13 is nigh. The stakes are high, the outcome uncertain. Every man to his station! The station of prayer - on our knees! " - Quoted, Pr. Dr. Philip Lyn (SIB Skyline)


Intro 

G  D/F#  Em  Em/D  C  G/B  Am  D 

 Verse 

(C/D)           G              D/F#           Em    Em/D 
Won’t You Lord take a look at our hands

C                    G/B   Am                    D 
Ev’rything we have use it for Your plan

                     G             D/F#           Em       Em/D 
Won’t You Lord take a look at our hearts

C               G/B                C         D
Mould it, refine it as You set us apart

 Chorus 

                     G                            Em
We want to run to the altar and catch the fire

       Am           Am/G                   Cm/Eb                D 
To stand in the gap between the living and the dead

                   G                                     Em
Give us a heart of compassion for a world without vision

       Am              G/B                      Cm  D         G 
We will make a difference, giving hope to our land

 Bridge   G/F   Eb 

                 F             G   Eb                  F                  G  
We will answer the call to build this church without walls

Eb             F             G         
Let Your glory be shown

Eb            F                  Eb             D  
Bring salvation to the lost, to the lost

 Ending  

      Am                    G/B            C                 G/B 
We will make a difference, we will make a difference

      Am                    G/B                   Cm   D        Eb   F 
We will make a difference, bringing hope to our land

            Eb   F          Eb   F         G  
To our land, to our land, to our land

Wednesday, March 13, 2013

The day when i am officially 30th years old...

Upsss..it is not today...it was on the 9th march...4 days ago....

You know this is the most simpler birthday i ever have....for once in my lifetime, saya tidak mengharap extravaganza for my birthday... Maksud sy itu, saya tidak ambil hati kalau my close friends forget to wish me... My siblings lupa nak wish...apa lagi mengharap celebration or hadiah mewah dr suami sy....

The point is that, sy cuma mahu brsyukur dgn penuh kerendahan hati bahwa sy cukup umur 30 tahun..officially bye2 to 20an.... Sy fikir menjangkau umur 30 thn suda cukup kuat utk menyatakan yg i am adult. Hehehe

Since my husband was out of the town that day..ada church camp from friday till sunday...so sy hanya dgn joshua.... Pun begitu, i still reward myself with very delicious cake homemade by chef suhana azlin.

Saya penggemar cheese..so memang saya suka Red velvet cake yg dibuatnya. Wah..next time sy order lagi ya lin..tapi kali ni sy makan terus tak mao simpan dlm fridge dulu..hihihi...

So here i am....i thanked God for everything He has done for me.


Loves...


Yours truly.

P/s, thank you airin for the gift..suka sangat...

Tuesday, March 12, 2013

Lady Boss

Semua orang tahu, bekerja di bawah majikan perempuan ni memang ada pro n consnya...

apa lagi zaman sekarang wanita semakin ramai di bumi ini...

Saya pun wanita juga...sy pun bos di kalangan staff saya juga...tapi tetap sy tidak faham kenapa my LADY BOSS yang ini sangat membuatkan saya tidak menyenangi dia...

Buat kerja HR patutnya tiadalah tahap peruntukan berjuta2 ringgit...tiadalah ada 10 projek mahu dipantau...

Buat HR..duduk ofis..tekan keyboard...jak....sampai masa kena pergi kursus...looks easy and peasy kan???

Tapi realitinya TIDAK ooo...

Saya buat HR di sini...Tuhan saja tau isi hati sy bila ur KEESSSU bagi amaran mahu kenakan tatatertib..atas kesalahan apa...she is the bos, she can create many kesalahan and put the blame to her staff (dia peduli apa kan)...she can kicked everyone she want...because she is the boss...

Latest, she just kicked my superior boss...though the boss, memang for me adalah juga sikit masalah dengan kami, tapi to kick her like that very not professional and very the woman one! Last time, my immediate bos also kena macam tu....when 24hrs kena tukar...pun order from lady boss...wei...i am also a lady...why?why???

Di sini, bila ada masalah, HR juga disalahkan..kata HR tidak bagi panduan...HR lambat....HR itu ini....HR suka transfer orang sesuka suki...bila HR 54 buat decision tidak direspect langsung...

Nasihat saya, kepada yang membaca blog saya ini...kalau kamu yg belum buat HR...jangan memandai2 besar kepada sana....saya akui ada HR yang memang ada kesilapan...sy akui itu sebab sy pernah lalui...tapi no harm to say sorry....then kita buat correction..kalau silap gaji kita betulkan bukan terus blame...tapi bila dapat kenaikan gaji tidak ada seorang pun datang HR say TQ....

Kalau kita lewat..harus diingat ada prosedur...plus..we are kementerian..ada a lot of issues everyday datang d meja kami....for ur info, unit gaji di seksyen saya...paling awal balik jam 7...kalau perlu segera datang hujung minggu..just to make sure..u guys...benda lain mungkin boleh hold boleh KIV tapi gaji jangan...kita make sure kau dapat gaji..supaya anak bini kau tidak kelaparan...supaya bil ko tidak tertangguk...kita make sure call sana sini utk dapatkan dokumen...

tapi itu tidak pernah dilihat oleh mereka2....what a humanity!

Sekian.


It"s our 2nd anniversary

12032013...

Sedar tidak sedar sudah dua tahun kami melayari perjalanan sebagai suami isteri. Saya suka sebut perjalanan sebab...sewaktu kami ikut kelas/seminar keluarga bahagia, kami diingatkan bahawa kehidupan suami isteri adalah seperti sebuah perjalanan. Di mana, suami/ isteri itu lah teman sepanjang perjalanan kita.

Bila bercakap pasal perjalanan of course, ada simpang likunya...ada jalan lurus ada jalan licin. Ada masa jalan gravel. Ada masa banyak lubang. Baru jalan tar tetiba jalan balik gravel. Macam2 lah ada kan....so did our marriage...

Pagi tadi, bangun sy sengih2 dengan husband sy...sampai dia tanya...kenapa tu tersengih2, then saya cakap hari ini our anniversary lah. Terus dia dengan slamber dia, o orang lain aniversary 30 tahun pun biasa jak...kita baru 2 tahun...see my husband mmg x romantic punya orang...but then sy reply husband saya..' Ya betul...and that exactly im going to do to u..for the next 30 years..sy akan tersengih2 juga sama ko'.

Hari ni both of us masuk kerja after took a day off semalam. After send joshua to his nursery, we spend time and celebrate d midvaley. Makan di Tony Roma's. fuyooo...mahal tapi puas hati. Sangat2 puas hati. Sekali skala bolehlah. Then pergi tengok wayang.

A simple celebration...but i guess that's all we need. After so much work..we deserved a good rest. This can be consider like our 1st anny juga sb last time sy n husband terpisah. Tengah pantang masa tu d kampung.

Dear husband...raise up your glass pls....to many years to come...cheers...

Muah muah...

Tuesday, March 5, 2013

From my point of view...

Apa yang berlaku baru2 ini sememangnya amat menyedihkan hati....ramai yang bersimpati...which is- thank you for the concern....

Hakikatnya....perkara yang berlaku di sabah adalah berakar umbi dari kesilapan dr kepimpinan zaman dulu.... Ramai yg x percaya projek ic yang dibangkitkan oleh orang sabah...suda ada pendapat d FB contohnya minta gov kawal kemasukan pendatang tanpa izin khususnya di sabah...dan amatlah menyedihkan tribunal RCI hanya wujud pada tahun 2012. Dan lagi menyedihkan apabila ada menteri mengatakan pendatang berkenaan TIDAK mengancam keselamatan Sabah....

Bagi yg duduk di semenanjung, mungkin masalah yg kami hadapi tidak dilihat begitu serius...sb di sini pendatangnya mmg pendatang dan x diberi ic...yg dtg dtg utk bekerja...bukan utk menjadi warganegara..tp sabah...dr setiap sudut ada saja bangsa lain....

Sy secara pribadi x kata salah bagi ic sekiranya ikut prosedur yg betul...kan malaysia ada perlembagaan ada undang2.... Tapi kerana pemimpin mempunyai sikap mementingkan diri dan cubaan utk gerakan.....di sabah...maka sanggup diperjudikan semua itu utk kepentingan merek semata2... Kesilapan 12 tahun yg lalu baru dirasa sekarang....

So tolonglah yg di FB tu bila ada org timbulkan soal projek ic, janganlah suka suki bangkang cakap kami ni tiada otak..tidak tau menghargai pemimpin...tiada bukti..etc etc....itu bukan tiada bukti.,sb yg menerima ic itu masih hidup lagi...tapi biasalah ada ka pemimpin d negara kita sanggup mengakui kesilapan lalu mereka? Tiada kan...malah dipusing cerita lagi..tak apalah sy ambil pendekatan begini....sekarang lepas lah di dunia...di akhirat nanti Tuhan lah yg menjadi Hakimnya.

Apapun what have been done in the past we can't do anything to chAnge it...because the damage is done! For me...as long as ur human whatever position u in...or the power u have...u still can make mistakes...cumanya pemimpin yg dihormati orang adalah pemimpin yg tahu mengakui kesalahan dan meminta maaf untuk itu....me myself have forgive them

What we can do is that...PRAY...sabah really need a change... And to make the change happened..we have responsibility to do... A part from being one of the pengundi...prayer is cery very important..because God loves sabah....

Tuesday bla bla bla

Zaman sy masih single....sy pandai hujung minggu jak merantau pg rumah vien di Putrajaya di Presint 11 masa tu. Biasalah masa single ni..rajin lah mau kasi kurus2 badan....rajinlah untuk kesihatan....jadi rajin juga bangun pagi just mau jogging... (sekarang bangun pagi sebab ada tanggungjawab..hehehe)



Gambar saya di atas tu di ambil masa tahun 2010.

So bila suda kawin ni...betul2 saya rasa masa yang ada kalau boleh mahu tidur..kalau boleh...mau baca buku...but mostly saya just mau rest...tapi most of the time, kalau anak sy tidur...biasanya...masa tu lah saya berkemas...itu ini..siapkan itu ini....sb bila anak bangun...mau kena perhatikan dia ....teman dia main...

So bila ada masa church buat sukan main badminton mcm tu...happy lah sebab boleh kasi regang2 badan...tapi masalah juga kadang2 sebab husband pun main, sy pun mau main...tiada orang mau jaga anak..so we have to take turn....kadang2 sy cuma dapat main 1 round saja game..but it is fine to me as long as ada juga lah pergerakan...

Sekarang ni saya ada rasa sakit belakang...sakit pinggang kekadang...mungkin sebab banyak duduk buat kerja...lepas tu sy masih menyusukan anak sebelah kiri saja lagi tu...memang cabaran juga....

ehm....semakin random post saya ni...motip: hanya sekadar mau upload gambar ini saja....hahahaha

(i will sharing something very very serious...but soon...stay tuned)

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...