Tuesday, July 23, 2013

Ayam masak paparika.. (Ayam Paprik jak sebenarnya!)


Semalam, awal pagi sampai ofis buka FB..terus nampak ada member tu post pasal dia prepare anaknya ayam paprik..terus saya macam...eh eh saya mau buat ayam paprik lah malam ni...kebetulan sy memang perlu beli barang rumah..so saya pun menggoogled lah resepi ayam paprik...banyak banyak resepi saya pilih resepi dari blog ni 

So basically ini lah resepi dia;


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
 isi ayam -ikut suka byk mne pun,agak2 la...(direbus)
1/2 inchi halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh* (sy cuma guna 3 sudu saja)
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)** (saya tidak guna langsung)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap Cap Kipas Udang
Sos tiram
Garam & Ajinomoto (sy tidak guna aji )

Cara-cara
Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus (ada resepi suruh goreng ayam dan asingkan, tapi rasanya better rebus saja supaya dpt air rebusan ayam tu) dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2. (saya lebih kurang nampak ayam tu color putih sy off kan gas)

Kemudian tumis halia, bawang merah,serai sehingga garing; berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam , ajinomoto secukup2 rasa.

Masukkan pula isi ayam yang telah direbus ; juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)

Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.

***saya sarankan tambah sedikit gula supaya tidak pedas...believe me very hot punya ayam paprik ni***


Nota Kaki:-
*cili boh sama ka dengan cili giling? hahaha. Sy belasah saja. So saya ambil Cili giling brand ADABI
**Kalau yang tidak suka pedas, better tidak payah letak cili padi lagi sebab cili giling tu pun super pedas sudah...

Proses memasak seperti di atas lah. Cumanya kali ni tidak sempat ambil gambar. Sbnya IPAD ku diguna oleh anak vagu saya.

Jadi inilah final look dia...



And to tell u what.. for the very first time (adis kasian) my husband puji masakan sy yang ini...sampai menambah nasi si kawan.... statement my husband 'macam makan di kedai' lol.

Like I said, sy bukannya pandai memasak, sebab tu bila dapat pujian macam tu semangat mencuba masakan lain pun meningkat...next my project will tell you soon after I sy succeed hehehe.

Till then... have a nice day

1 comment:

vivien_capri said...

wweeee!!

tingu pun sadap

ba.. rajin2 mencari resepi ah...

kekeke

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...