Wednesday, February 5, 2014

Holy Holy Holy


Verse 1
Holy, holy, holy
Lord God Almighty
Early in the morning our song shall rise to to Thee
Holy, holy, holy
Merciful and mighty
God in three Persons blessed Trinity

Verse 2
Suci. Suci, suci
Tuhan mahakuasa
Dikau kami puji di pagi yang teduh
Suci. Suci, suci
Murah dan perkasa
Allah Tritunggal agung namaMu

Chorus
S’gala pujian bagiMu
Seg’nap nafas muliakanMu
Surga bumi kan berseru
Kuduslah Tuhan namaMu

Verse 3
Suci. Suci, suci
Kau kudus tersungkur
Di depan tahtaMu memb’ri mahkotaNya
Segenap malaikat
Sujud menyembahMu
Tuhan, yang ada s’lamanya-lamanya

Verse 4
Holy, holy, holy
Merciful and mighty
God in three Persons blessed Trinity

Ini adalah lagu rohani Kristian yang sedang berulang kali saya dengar. Digubah moden oleh team JPCC dari Indonesia. 

Kalau diperhatikan ada perkataan Allah di situ. Semua tau, perkara ini masih dibahaskan. Some saying the Christian in Malaysia shud giving up used the word Allah because it is exclusive to Muslim in Malaysia only. Some saying christian ni ego sebab tidak mahu mengalah.

Sebagai seorang kristian, ini bukanlah soal ego di pihak kami untuk terus mau memperjuangkan keadilan penggunaan Allah kepada orang Kristian. Kenapa? perhatikan lirik lagu ini adalah digubah di Indonesia yang 95% adalah MUSLIM. Kenapa di Indonesia tidak pernah timbul masalah akidah terpesong gara2 penggunaan perkataan Allah oleh orang Kristian di Indonesia? sedangkan Malaysia yang rakyatnya 28 juta  dan hanya 9.1% saja penganutnya Kristian di mana majoritinya adalah Muslim boleh timbul masalah ini?

Kenapa 9.1% jumlah yang amat sedikit boleh mempengaruhi akidah di negara yang tidak sebesar negara Indonesia? Indonesia walaupun penganut Islam nya teramai tapi orang kristian di sana masih bebas membuat performance di Kompleks membeli belah. Ada radio Kristian sendiri..ada tv kristian sendiri ada majalah kristian sendiri. Sedangkan di Malaysia jujur cakap agak strict bab2 agama di media. 

Kenapa harus ada exclusive kepada orang Muslim di Malaysia saja Allah ini? Oleh kerana ini, sampai bom gereja. Sampai bakar gereja, sampai pijak bible kami. Apakah ini yang diajar oleh Al-Quran? i dont think so. Saya percaya bagi mereka yang sungguh2 memahami Al-Quran pasti mahukan keharmonian. 

Saya tidak tahu sampai bila perkara ini akan dimainkan oleh sesetengah pihak. Kerajaan terus membisu. Pemimpin Sabah n Sarawak berdiam diri. Semuanya menyedihkan! 

Kami telah mengguna pakai Allah sejak saya belum lahir lagi. Sejak Bible Indonesia kami guna selepas itu ada Alkitab terjemahan BM pun ada Allah sudah. So kenapa zaman sy masih kecil tiada pula orang Muslim di Malaysia bangkitkan isu ini, Kenapa baru sekarang nak eklusivekan? Kenapa 9.1% yang kecil ini boleh mengacau bilaukan negara ini yang so called agama rasminya ialah Islam?

Jawab sendiri lah. 


No comments:

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...