Menjelang akhir tahun sememangnya merupakan hari yang ditunggu-tunggu khususnya bagi para ibu bapa yang punya anak-anak sama ada yang bersekolah di tadika, sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. Ini kerana pada waktu hujung tahun lah sesi atau majlis penyampaian anugrah kecemerlangan akan diadakan oleh sekolah.
Kegembiraan ketika anak-anak sendiri dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang..Pelajar Terbaik untuk mata pelajaran dot dot.. anugrah khas. dan sebagainya pastinya membuatkan ibu bapa rasa teruja dan ingin kongsikan bersama kegembiraan tu bersama dengan teman-teman rapat mereka.
Tidak ketinggalan group whatapss saya yang semuanya ibu-ibu. Sejak 2 minggu lepas...hp saya dihujani dengan gambar anak2 mereka mendapatkan hadiah dan anugerah. ucapan tahniah disampaikan.
Sebagai ibu, saya faham. Pastinya sy juga antara golongan yang mungkin akan share kegembiraan kejayaan anak-anak saya nanti.
Tidak cukup di whatsapp..FB pun ada. Saya hanya mampu senyum dan tumpang wish congrats bagi yang berkenaan.
Tidak salah. Sebab kita sekarang memang hidup pada zaman IT yang semakin pesat digunakan oleh ramai orang. Sampai bapa saya sendiri balik2 minta ada akaun FB sendiri. hehehe
Zaman saya dulu..memang internet masih kurang. Saya ingat masa saya dan adik saya sekolah rendah...boleh kata nama bapa saya sentiasa jadi bualan bahkan sehingga saya sudah ada anak ni pun once a while bapa saya dipanggil di sekolah rendah lama saya untuk bagi ceramah atau motivasi tentang bagaimana dia boleh membesarkan kami (7 orang adik beradik) dengan hanya gaji seorang pemandu sahaja. Dan puji Tuhan dikaruniakan akademik yang baik.
Saya ingat masa zaman sekolah rendah...anugrah pelajar cemerlang saya ambil, anugrah subjek english terbaik sya ambil. Pelajar berpantun, berpidato, bersajak semua saya ambil. Begitu aktif dan cerdasnya sy masih sekolah rendah. Bila fikir2 balik, saya sangat bersyukur untuk anugrah dari Tuhan. Keluarga saya tidak senang jauh sekali hidup sebagai orang kaya. Tapi Tuhan itu adil. Dia melihat kesusahan ibu bapa saya siang malam membanting tulang untuk kami adik beradik. Kalau bapa saya, tiada istilah lain selain Pelajaran itu penting. hanya pelajaran mampu mengubah cara hidup kami.
And YES. today we are where we dreamed to be. And I really thanked God for everything. Saya pasti sekalipun tiada FB or wassap pada ketika itu, pastinya ibu bapa saya adalah orang yang paling happy bila mendapat tahu kecemerlangan anak2nya.
Hari ini, saya ada dua orang anak and yes..soon going to add 3. (will blog about it). Seperti ibu bapa lain, sy juga punya harapan besar untuk anak-anak saya. Bermula dari kandungan saya berdoa yang baik2 untuk mereka. kemudian dengan nama yang ada makna sebagai tanda prophetic name utk mereka. Namun dalam masa yang sama sy berdoa, pelajaran utama yang perlu saya berikan utk anak-anak saya adalah mengenal Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. To me, itulah harta yang bernilai yang dapat saya tinggalkan buat anak-anak saya. Sebab sekalipun saya tiada di bumi ini nanti..saya tidak akan risau kerana sy tau sama seperti Tuhan telah menyertai hidup saya, Tuhan yang sama akan menyertai hidup anak-anak saya.
And for that it is enough for me to say I am proud mommy.
No comments:
Post a Comment