Wednesday, July 29, 2015

Saya bersyukur Tuhan untuk segalanya yang Engkau telah berikan kepada saya.

Dan tiada satu pun perkara yang berlaku dalam kehidupan saya baik saya secara pribadi mahupun dalam keluarga saya sendiri yang di luar daripada pengetahuan Mu.

Termasuklah apa yang terjadi ke atas anak sulung kami Joshua.

Joshua adalah antara anak yang paling senang dijaga.

Dia adalah anak pertama kami dan pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa.

Saya ingat di awal bbp hari selepas melahirkan dia..saya akan menangis setiap kali selepas menyusukan dia dan joshua suda lena tertidur. Perasaan saya ketika itu sangat bahagia melihat joshua tidur dengan aman. Kelahiran joshua yang sangat luar biasa dengan berat yang luar biasa bagi pertama kali bergelar ibu memang akan menjadi memori selama-lamanya dalam kamus kehidupan saya.

Dan saya ingat setiap kali ada kesempatan pasti saya akan ambil gambar untuk kenangan di kemudian hari. Pada setiap perkembangan yang dia lalui. Meniarap. Memegang barang di tangan. Tersenyum mendengar suara ibu bapanya. Merangkak. Bertatih. Berjalan. Berlari. semuanya saya abadikan.

Sehinggalah harapan saya untuk mendengar Joshua bercakap.

Saya mulai perasaan ketika Joshua tiada eye contact dengan saya seawal 1tahun lebih usianya. Bila dibandingkan dengan anak2 kawan rapat semuanya suda ada yang menceritakan anak mereka mulai faham arahan mulai ada kata2 yang keluar dari mulutnya. Simple word like nak. mummy. milk.

Tapi Joshua belum ada. Tapi atas dasar pengharapan saya dan suami percaya one day kami akan mendengar joshua bercakap. 

2tahun. 2tahun setengah. 3 tahun. dan sekrang 3 thn setengah.

Dalam pada pemerhatian saya...i did make some research. But to all things that i have read...saya cuma mau menolak sebarang kemungkinan2 yang ada. 

Cuma apabila joshua mulai suka menyusun barang. sensitif dgn rasa dan bunyi. Buat naluri hati saya semakin kuat mengatakan apakah anak saya Joshua ada penyakit yang dipanggil Autistic?

Saya menangis satu malam. Walaupun ketika itu belum ada diagnosis rasmi dari Doktor pakar. 1001 soalan saya luahkan kepada sang pencipta ku. 

Kenapa mesti anakku?
Kenapa mesti ketika aku ada anak2 yang masih kecil yang juga perlu perhatian saya?
Bagaimana kehidupan joshua nanti?
Dapatkan joshua menikmati hidup spt orang lain? berkawin? ada anak? ada keluarga? ada kerjaya?

and all those questions make me scared.

Menyakitkan hati ketika cuba mendisplinkan joshua. bila dia mulai membaling membuang barang2. bila dia selalu mengulangi kesilapan yang sama walaupun beribu kali diingatkan.

menyakitkan hati sebab sabar ku menipis. pada hal deep down my heart I know Joshua didnt understand me yet.

I feel like i am a bad mom to joshua.

and today when last monday we took joshua to HUKM...doc mengesahkan joshua ada autistic. selepas 2 jam disiasat dan dilihat sendiri kelakuan joshua. Saya tidak menangis ketika itu.

Mungkin sebab sebelum itu saya sudah puas menangis. 
Mungkin sebab saya sudah menerima.

Cuma bila doktor suruh register utk OKU sebab apparently JKM meletakkan kanak2 austitic juga dikategorikan sbg OKU membuatkan hati saya hancur luluh. Again im in the mode denial again.

No. Joshua is not OKU. He is completely normal. Is just that...is just that...he need special education..

sigh.

Dalam saya mengeluh the word of God hitted me. 

(John 9:1-3) As Jesus was walking along, he saw a man who had been blind from birth.“Rabbi,” his disciples asked him, “why was this man born blind? Was it because of his own sins or his parents’ sins?”
“It was not because of his sins or his parents’ sins,” Jesus answered. “This happened so the power of God could be seen in him.

Saya pasrah atas apa yang berlaku dalam hidup saya.
Apa yang perlu sya lakukan sekarang bukan lagi menangisi atau meratapi..apa yang pasti Tuhan punya rencana untuk saya keluarga saya dan Joshua sendiri.
I have to move on. 
Sebab tu ke depan walaupun perjalanan keluarga saya pastinya tidak semudah seperti keluarga lain..tapi saya percaya by God grace me and my husband can go through this. 
For now..we just hope and pray that Joshua will be able to speak. soon. very very soon.


Joshua Raphael (1 tahun 10 bulan)

my baby. my love. 

1 comment:

vivien_capri said...

2 friends of mine pun firstborn dia autistic. Yang penting now is, you must be strong for him. and bagi therapy utk dia. Be strong, he needs you to be strong for him.

God bless Joshua and your family...

A decision to make... is it for better or worse?

Sekarang tengah hot itu Korean drama "While you were sleeping'.. lakonan Lee Jong Suk (LJS) dan Bae Suzy (BS). Sedikit penceritaan ...