Sy sudah habis menonton sinetron 'Buku Harian Nayla'. thanks aideline sebab memperkenalkan sy drama ini. Kisah seorang gadis remaja yang menghidap penyakit ataxia. Sy pun 1st time tau ada penyakit seperti ini. Gadis yang bernama nayla ini seorang yang mempunyai impian besar dan sangat pintar dalam pelajarannya. Boleh bermain bola keranjang dan mempunyai keluarga yang bahagia. Waktu Nayla mendapat tahu dia menghidap penyakit ataxia, (penyakit menyerang otak kecil dan saraf yang boleh menyebabkan orang itu mempunyai kesukaran menyeimbangkan diri dan akhirnya boleh menjadi lumpuh. Dan yg teruk lagi penyakit ini belum ada ubat.) dia hampir putus asa, tetapi dia mengubah fikiran dan memandang hal-hal yang positif. Dia tau hidupnya tidak lama, jadi dia manfaatkan setiap kesempatan yang ada untuk hidup seperti orang normal.
Dia ada 14 episode, tapi sy petik episode ini. Waktu sy tengok episode ini, sy nangis. Dalam episode ini,hampir semua rakan sekelas nayla mulai meluahkan perasaan terbeban mereka untuk menolong nayla bahkan teman baik nayla sendiri iaitu ruth juga tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Yg betul-betul menegur sy apabila, hanya seorang iaitu moses yang mempertahankan nayla dan mengatakan semua rakan sekelasnya adalah MUNAFIK. Di hadapan nayla mereka berpura-pura baik tapi di belakang nayla mereka menyimpan rasa. Bahkan guru sekolahnya sendiri juga begitu. Di situ, dapat diketahui yg mana adalah sahabat sejati dan yg mana yg hanya bergelar sahabat. Sy menempatkan diri sy sebagai nayla. Kalau dalam situasi begitu, memang sakit bila mendengar secara diam teman2 sendiri merasakan diri menjadi bebanan dan tidak sepatutnya berada di sekolah itu. Perasaaan tersisih, sakit hati apa lagi sahabat baik sendiri juga begitu. Tapi sy fikir2 balik, kalau sy di tempat nayla, sy menghargai kejujuran mereka..at least mereka jujur sekalipun bukan di depan mata mereka luahkannya.
sedih ooo..towards the end of the story. Apa lagi ketabahan nayla berjuang hidup walaupun dia tau dia tidak punya waktu yang panjang. Dia tidak mempersalahkan Tuhan tapi semakin hari semakin dia intim dengan Bapa melalui tulisannya sehari-hari. Dalam waktu yg sukar, dia masih boleh mengucap syukur kerna keluarganya yang terus menyokong nayla. Dan sy kagum dengan sikap moses yang mencintai nayla dan menerima nayla apa adanya. Kata-kata moses 'cinta itu tidak mengharapkan apa2 dari seseorang cukup dengan hanya berada di sisi' ..power statement tu! Walaupun ada halangan dari ibu bapa moses, tapi itulah kasih yang menutupi segalanya.
So sy pun mau recommend sama kawan2 sy tengoklah drama ini.